Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal [dibersihkan dan kelarkan] Cosway Delichef Flounder Fish Seasoning
Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang) 3 ulas bawang putih (dimayang) 1 cm halia (dihiris halus) ½ botol sos tomato
3 sudu besar sos cili 2 biji cili merah (dipotong nipis) 1/2 cawan air. 1 biji tomato (belah 6) 1 pokok
daun bawang & daun sup (potong pendek) Garam dan gula secukup rasa minyak
Cara: 1. Ikan dilumurkan
seasoning dan bakar dalam oven 180'C selama 30 minit. Terbalikkan dua2 belag supaya masak rata. 2.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. 3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan
air. 4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula. 5. Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang dibakar
tadi. 6. Hiaskan dgn daun sup & bawang
PAIS IKAN SEMBILANG PUCUK PAKU
Bahan - bahannya :-
5 ekor ikan sembilang 6 biji bawang merah 3 biji bawang putih 2 batang serai 3 biji buah keras 1/2
sudu belacan 1 inci kunyit 5 biji cili padi 5 biji cili merah 1 sudu teh ketumbar 1 sudu the lada hitam Air
asam jawa Garam Gula Bahan perasa
Cara membuatnya :-
- Tumbuk bawang merah,bawang putih,belacan, lada hitam,serai, dan cili merah hingga lumat
. - Masukkan bahan rempah dan air asam jawa ke dalam ikan . - Kemudian , masukkan garam , gula dan bahan perasa secukup
rasa . - Gaul hingga rata dan sebati . - Hiris daun kunyit halus - halus . - Letak pucuk paku ke atas ikan tadi dan
balut dengan daun pisang . - Masak ke dalam ketuhar selama 20 minit . - Sedia untuk dihidangkan .
PINDANG TELUR IKAN DAUN KUNYIT
Bahan - bahannya :-
100 gm telur ikan 10 biji cili padi 1/2 inci kunyit hidup 3 biji bawang merah 2 biji bawang
putih 1/2 paket santan 2 keping asam keping 2 helai daun kunyit Garam Gula Bahan perasa
Cara membuatnya:-
- Tumbuk bawang merah , bawang putih , cili padi dan kunyit . - Masukkan garam , gula dan bahan perasa
. - Masukkan santan dalam kuali serta rempah iaitu bahan tumbuk tadi . - Masukkan asam keping dan daun kunyit yang telah
dihiris halus . - Masak hingga mendidih . - Sedia untuk dihidangkan .
KEROPOK GOTE dan SOS
Bahan - bahannya :-
Keropok: 2 cawan isi ikan 2 cawan sagu Garam secukup rasa Gula secukup rasa
Sos: 70 g gula melaka 70 g asam jawa 50 g belacan 4 sudu besar pes cili kering 250 ml air Garam secukup
rasa Gula secukup rasa Serbuk perasa secukup rasa
Cara membuatnya :-
Keropok -Gaul isi ikan,sagu serta bahan perasa -kisarbahan diatas sehingga sebati -Uli bahan
tadi sepanjang kira-kira 4 inch -Belah bahagian tengah seterusnya goreng hingga masak
Sos - Gaul semua bahan sos dan didihkan sehingga menjadi pekat. - Sedia untuk dihidangkan